Sejarah Kewujudan KEPTAN

Setelah sedia maklum sebelum wujudnya ‘KEPTAN‘ (Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia) sebenarnya Pembantu Tadbir (Pendidikan) dahulunya digelar Kerani Sekolah kemudian Pegawai Kerani (Pegawai Kerani Pelajaran). Kesatuan Pegawai Kerani Pendidikan telah pun ditubuhkan pada tahun 60an. Dan banyak perkara yang telah diperolehi oleh Kerani Sekolah. Di antaranya meletakkan jawatan Kerani Sekolah yang di bawah lantikan Lembaga Pengurus Sekolah kepada lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (lantikan tetap), mewujudkan jawatan Kerani Kanan (sekarang Pembantu Tadbir N22), meminta adakan ‘Close Service’ untuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan agar penghijrahan Kerani Kanan dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke agensi Kementerian Pendidikan disekat.

Malangnya Kesatuan ini telah dibatalkan dalam tahun 80an kerana tidak melaksanakan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana dimasa itu yuran bulanan ahli tidak dibuat melalui potongan Perkhidmatan Biro Angkasa tetapi hanya dengan kutipan dibuat oleh Bendahari Agung atau wakil negeri sahaja.

Pada 4 Ogos 1991 beberapa orang Pembantu Tadbir dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah bermuafakat untuk menubuhkan semula Kesatuan ini yang mana mesyuarat penubuhan diadakan di Jabatan Pendidikan Selangor, Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Y.Bhg. Tuan Hj. Jumali bin Kasan. Ahli Jawatankuasa penaja adalah terdiri dari Pembantu Tadbir sukarela, mengorbankan masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Pada 15 November 1992 Mesyuarat Agung penubuhan telah diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Shamsudin bin Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penubuhan semula ini adalah di atas kesedaran dan keinsafan yang dialami Pembantu Tadbir (Pendidikan) yang menghadapi beban kerja yang bertambah dari masa ke semasa terutamanya yang bertugas di sekolah di samping kebajikan Pembantu Tadbir tiada pembelaan.

Setelah Ahli Jawatankuasa Penaja ditubuhkan, sampai masanya untuk melaksanakan pendaftaran dengan Pengarah Pendafataran Kesatuan Sekerja. KEPTAN mendapat tentangan dari beberapa pihak terutamanya Kesatuan AUEGCAS yang mana Presidennya adalah Presiden CUEPACS, Saudara A.H.Ponniah. Beliau membuat beberapa bantahan agar KEPTAN tidak ditubuhkan. Nasib KEPTAN sungguh baik kerana kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja pada 2 Mei 1995 tetapi dengan syarat ‘Sekiranya KEPTAN terbatal sekali lagi, pihak Pendaftar Kesatuan Sekerja tidak akan membenarkan Pembantu Tadbir (Pendidikan) menubuhkan Kesatuan lagi’.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan satu surat pekeliling kepada semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia dan semua Pengarah Pendidikan Negeri – KP (PP)0089/61/1/Jilid. 2(18) bertarikh 11 Julai 1995. Semua Ahli Jawatankuasa Penaja mengorak langkah menjelajah Semenanjung Malaysia dengan perbelanjaan sendiri membantu wakil negeri menubuhkan cawangan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang difikirkan wajar.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan pada 27 dan 28 September 1996 bertempat di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Malik bin Hamzah. Setiausaha Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pemilihan Ahli Jawatankuasa EXCO bagi tempoh 1996/1998 telah diadakan.


4 OGOS 1991

Mengambil persetujuan tubuh kesatuan di Pejabat Pendidikan Selangor dihadiri wakil Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang

AJK Penaja:

  1. Tn. Hj. Ngatmun Sarbini – YDP
  2. Tn. Hj. Sarif Sulaiman
  3. En. Md Adnan Md Nor
  4. Tn. Hj Yahya Ibrahim
  5. Pn. Hjh Kasma Aini
  6. Pn. Hjh Zabedah Ismail
  7. En. Abas Mat Rasad
  8. En. Ahmad Ismail
  9. En. Mazlan Md Shah
  10. Allahyarham En. Azmi Hj Hassan
  11. Tn. Hj Ab Hamid Hj Ali
  12. En. P. Tamil Sahayan

15 NOVEMBER 1992

Majlis penubuhan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

AJK Penaja:

  1. Tn. Hj. Ngatmun Sarbini – YDP
  2. Tn. Hj. Sarif Sulaiman
  3. En. Md Adnan Md Nor
  4. Tn. Hj Yahya Ibrahim
  5. Pn. Hjh Zabedah Ismail
  6. En. Abas Mat Rasad
  7. Tn. Hj Ab Hamid Hj Ali
  8. En. P. Tamil Sahayan

2 MEI 1995

Lulus pendaftaran Kesatuan Sekerja. Pendaftaran lewat diluluskan kerana banyak pihak menentang penubuhan kesatuan.


27 SEPTEMBER 1996

Mesyuarat Agung Pertama KEPTAN

Di Kem Kijang Kota Bharu.

Jawatankuasa:

  1. Tn. Hj. Ngatmun Sarbini – YDP
  2. Tn. Hj. Sarif Sulaiman
  3. Tn. Hj Yahya Hj Ibrahim
  4. En. Md Adnan Md Noor
  5. Pn. Hjh Zabudah Ismail
  6. En. Abas Mat Rasad
  7. Tn. Hj Ab Hamid Hj Ali
  8. Allahyarham En. Azmi Hj Hassan

30 OKTOBER 1997

Mesyuarat Agung Kedua di Maktab Perguruan Teknik, Cheras

Tiada Pemilihan


25-26 NOVEMBER1998

Mesyuarat Agung Ketiga di Institut Teknologi Tun Husin Onn Batu Pahat

Jawatankuasa:

  1. Tn. Hj. Ngatmun Sarbini – YDP
  2. Tn. Hj. Sarif Sulaiman
  3. Tn. Hj. Yahya Hj Ibrahim
  4. En. Zorkepli Hashim
  5. Pn. Hjh Norsamsi Hj Abdulah
  6. Tn. Hj Mansor Ab Ghani
  7. Tn. Hj Ab Hmaid Hj Ali
  8. Allahyarham En. Azmi Hj Hassan

8/9 OKTOBER 1999

Mesyuarat Agung Keempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan

Jawatankuasa:

  1. Tn. Hj. Ngatmun Sarbini – YDP
  2. Tn. Hj. Sarif Sulaiman
  3. Tn. Hj Yahya Hj Ibrahim
  4. En. Zorkepli Hashim
  5. Pn. Hjh Norsamsi Lebai Abdullah
  6. Tn. Hj Mansor Ab.Ghani
  7. Tn. Hj Ab Hamid Hj Ali
  8. Allahyarham En. Azmi Hj Hassan

29-30 SEPTEMBER 2000

Mesyuarat Agung Kelima (Persidangan Perwakilan Tahunan KEPTAN) di Genting View Resort Pahang.

(Tn. Hj. Ngatmun Sarbini Ngatmun Sarbini akan bersara dan jawatan YDP KEPTAN diambil alih oleh Tn. Hj. Sarif bin Sulaiman)


Keahlian KEPTAN yang berdaftar sehingga tahun 2016 adalah lebih 15 ribu.

Maklumat Tambahan

  • Tarikh penubuhan KEPTAN: 2 Mei 1995
  • Sambutan Jubli Perak (25 Tahun): 2 Mei 2020
  • Kelulusan Pertukaran nama Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia: 15 Mei 2016
  • Perjuangan KEPTAN untuk mewujudkan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan sejak sekian lama telah mendapat perhatian dan diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan (Dr. Maszlee bin Malik) pada 20 Mac 2019 semasa Majlis Perasmian Konvensyen Pembantu Tadbir KPM.
  • Tarikh Hari Pembantu Tadbir: 1 Oktober 2019
  • KEPTAN mempunyai lebih 10 ribu ahli dan 79 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. KEPTAN mengadakan Persidangan Perwakilan setiap tahun yang melibatkan seramai 350 perwakilan dari 79 cawangan.
  • Pembantu Tadbir di bawah KPM adalah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan bertaraf ‘closed service’.
  • KEPTAN adalah Kesatuan Sekerja yang bergabung di dalam CUEPACS dan Kesatuan yang keempat paling ramai ahli (Tahun 2016).
  • Kini KEPTAN mempunyai 2 lot pejabat di Kuala Lumpur (hak milik) dan mempunyai 2 staf tetap yang bertugas.