Thursday, October 29, 2026

SESI PROFESIONALISME PEMBANTU TADBIR(PENDIDIKAN) KEPTAN CAWANGAN KUALA PILAH JEMPOL & JELEBU DENGAN KERJASAMA AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA

Hebahan

PROGRAM SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SESI PROFESIONALISME PEMBANTU TADBIR(PENDIDIKAN) KEPTAN CAWANGAN KUALA PILAH JEMPOL & JELEBU DENGAN KERJASAMA AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA

11 Jun 2025  | Rabu | Juasseh, Kuala Pilah.
Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kuala Pilah Jempol Jelebu (KPJJ) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Sembilan dengan kerjasama  telah melaksanakan Program Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI kepada ahli-ahli KEPTAN (KPJJ) bertempat di Dewan Batu Hampar, Kolej Vokasional Juasseh, Kuala Pilah.
Sesi Interaktif Kenegaraan dan Input MADANI Faham Kenegaraan telah disampaikan oleh Puan Nini Noraiza binti Musa, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sembilan, Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir bersama dalam program ini Tuan Hj. Kamanizam bin Hj. Tindek, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Encik Anuar bin Nordin Timbalan PPD Sektor Perancangan PPD Jempol dan Jelebu serta Encik Mohd Azman bin Zahar, Pengerusi Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kuala Pilah Jempol Jelebu (KPJJ)
KEPTAN KPJJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan ahli-ahli Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kuala Pilah Jempol Jelebu (KPJJ) di masa akan datang.
Disediakan Oleh:
ADMIN Web KEPTAN_N9

spot_img
Aktiviti

Berkaitan